Attention

"If you don't understand the message, it's not meant for you"
"If I'm wrong in any way, please correct me in any way"

-Ammar Zufar <-click to Google him!

click here if the text is too small

Monday, April 8, 2013

Translation - QuranicPath.com - Detailed Quran

 To download the article below, click here(Untuk memuat turun artikel dibawah, klik sini).

This is my first fully checked translation of this site as per post title. This is only a direct translation with very few paraphrasing, just to fit the expression. I tried my best to keep the original article intact. This article is by no way a work of mine except only the translation. The idea relayed in the article is somehow aligned with my view and understanding of the Quran. I have translated the article to Bahasa Melayu(Malay Language)-Malaysia for the sole purpose of relaying this article to the user of said languages. No permission or credits needed to use and/or distribute this translation. With god permission, I relay the translation below;

Pernahkah anda cuba membaca Qur'an begitu sahaja? Bahagian manakah yang anda tidak paham? Barangsiapa yang membaca Qur'an dengan minda yang tidak berprejudis akan merasai betapa jelas dan tepatnya semua ayat-ayat dalam Qur'an. Qur'an itu lengkap dan mengandungi segala perincian yang perlu untuk agama. Sehingga kini, kamu mungkin telah dibiasakan dengan masyarakat majoriti untuk berfikir bahawa Qur'an adalah tidak lengkap dan memerlukan sumber sekunder seperti hadith dan kerja-kerja 'tafsir'.

"Dan telah kami turunkan Buku itu kepada kamu di mana ia mengandungi penjelasan yang jelas mengenai segalanya, dan petunjuk, belas kasihan serta berita baik kepada sesiapa yang berserah" (Qur'an 16:89)

Seperti apa yang ayat itu nyatakan, Qur'an menjelaskan segala perkara - bukan seperti sebaliknya di mana buku-buku lain diperlukan untuk menerangkan Qur'an - satu falasi yang banyak orang percaya. Allah menyatakan bahawa Qur'an itu lengkap, sangat terperinci dan menyeluruh:

"Perlukah aku mencari hakim selain dari Allah? Sedangkan Dia itulah yang yang telah menampakkan kepada kamu Buku yang sangat terperinci? (Qur'an 6:114)

Apabila seseorang individu berserah sepenuhnya kepada hakikat bahawa Qur'an itu sememangnya penuh dengan perincian dan apabila orang itu membebaskan diri dari segala keangkuhan dalaman untuk menerima kebenaran mutlak, dia akan mula sedar betapa banyaknya amalan yang terpesong yang diamalkan atas nama Islam. Individu-individu ini akan mula sedar bahawa banyak ketua-ketua agama yang menyebarkan kepalsuan mengenai ayat-ayat Qur'an untuk menjustifikasikan amalan-amalan yang terpesong dan jahat itu yang kadang-kadang sungguh bertentangan dengan intipati Qur'an, melanggar ayat-ayat yang jelas dan etika am Qur'an. Dan sememangnya hanya dengan hati yang luhur dapat kita sedar betapa uniknya kesempurnaan Qur'an ini. Individu tersebut juga mula akan sedar betapa dekatnya Allah sepertimana yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini bilamasa dia mula menerima panduan terus dari Allah.

"Katakanlah: "Tuhanku telah memandukan aku ke jalan yang lurus, sistem yang tegak(benar), kepercayaan Ibrahim yang tegak(benar); dia(Ibrahim) bukannya dari kalangan yang menduakan(tuhan)." (Qur'an 6:161)

Barangsiapa yang berhajat untuk mencari sumber selain dari Qur'an akan memberi alasan yang klise seperti 'macam mana kita tahu bagaimana untuk bersembahyang, atau banyak mana hendak berzakat?', kadangkala sebelum dia membaca Qur'an itu sendiri walaupun sekali! Qur'an itu sebenarnya telah menjawab segala persoalan itu - masalah yang sebenarnya apabila dia tidak pernah melihat ke dalam Qur'an itu sendiri untuk mendapatkan jawapannya. Dia telah di pra-programkan untuk melihat Qur'an itu sebagai sesuatu yang mistikal, buku suci berkriptik, yang susah untuk difahami sebelum mengetahui sumber lain seperti hadith. Maka Ia cuma boleh diinterpretasikan oleh "ulama-ulama". Justeru itu, sumpahan ke atas individu ini membawa dia kepada:

1) Mengikuti amalan songsang yang tidak ada dalam Qur'an.

2) Dia tidak akan mengetahui gaya hidup sebenar, etika dan ketaatan kepada Allah sahaja kerana dia tidak mendapat petunjuk darripada Qur'an itu sendiri.

3) Dia tidak ada pendapat atau deduksi intelektual daripada analisis ayat-ayat(Qur'an) - dia cuma mengulangi apa yang dia baca dari buku-buku tafsir, dan buku-buku ini shajalah yang menjadi rujukan utama kepada Qur'an, yang kebanyakannya dipenuhi dengan kata-kata orang yang mendengar kata dan maklumat palsu yang tidak langsung memberi banyangan sebenar maksud-maksud ayat-ayat(Qur'an).

"Katakanlah, 'Aku tidak berkata kepada kamu bahawa aku mempunyai harta-harta Allah, dan tidak pula aku tahu apa yang ghaib, atau berkata aku bahawa aku ini malaikat. Aku cuma mengikut apa yang telah di tunjukkan kepadaku sahaja.'" (Qur'an 6:50)

4) Pandangan dia terhadap agama berasaskan segala amalan majoriti. Dia juga mempunyai hadith yang menunjukkan majoriti orang itu benar walhal Qur'an menyatakan majoriti adalah dalam kesalahan (6:116).

5) Dia cuma berminat dengan diskusi mengenai apa sahaja selain dari ayat-ayat Qur'an, yang membuatkannya terkeluar daripada Qur'an - tetapi dia masih menipu diri untuk berfikir bahawa belajar mengenai buku-buku itu menyamai mengikuti ajaran Islam. Dia mencari beberapa ayat-ayat Qur'an yang digunakan di dalam buku-buku tersebut dan berfikir bahawa tafsiran-tafsiran itu adalah benar sebab penulis buku itu "berkelayakan" tetapi dia tidak. Ini terjadi walaupun Allah menyatakan Qur'an itu adalah petunjuk untuk dia dan dia bertanggungjawab mengikuti ajaran ayat-ayat Qur'an secara terus:

"Telah kami turunkan kepada kammu satu Buku yang mengandungi mesej. Tidakkah kamu paham?" (Qur'an 21:10)

"Dia yang telah menunjukkan Qur'an kepada kamu akan sememangnya membawa kamu pulang semula. Katakanlah, 'Tuhan aku paling mengetahui sesiapa yang telah membawa petunjuk yang benar dan sesiapa yang dengan terangnya telah disalah tunjuk." (Qur'an 28:85)

Salah satu hujah yang akan ditampilkan ia ialah bahawa seseorang harus tahu buku-buku hadith sebelum memahami Qur'an untuk menerangkan lagi ayat-ayat atau memperkembangkan lagi bahagian di mana dia rasa kurang jelas. Seperti yang dijelaskan, mengikut cara ini, dia akan memasuki dunia sumber sekunder yang bersepah dengan ajaran tidak berlandaskan Qur'an dan pandangan rambang kepada agama. Allah menyatakan bahawa tafsiran Qur'an itu ada dalam Qur'an itu sendiri. dalam perkataan lain, Qur'an itu menerangi dirinya sendiri:

"Telah Kami bawakan kepada mereka Kitab - Telah Kami terangkan mengenai asas ilmu - sebagai petunjuk dan belas kasihan untuk sesiapa yang percaya." (Qur'an 7:52)

"Inilah cara Kami menerangkan wahyu-wahyu kami dalam pelbagai cara" (Qur'an 6:105)

"Lihatkah anda bagaimana Kami menerangkan wahyu-wahyu, supaya mereka dapat memahami." (Qur'an 6:65)

"Seperti inilah Kami menerangkan Wahyu-wahyu kepada orang yang berfikir." (Qur'an 10:24)

Itu adalah, seperti yang telah Allah terangkan di dalam Qur'an apabila Dia berkata, "Telah kami terangkan", bukan nabi, atau orang disekeliling nabi dan penerangan ini adalah jelas untuk orang yang mentelaah ayat-ayat(Qur'an) itu, "untuk orang yang berfikir.".

Orang yang belum benar-benar percaya atau berserah kepada Allah mengikut taraf yang diperuntukan oleh Qur'an sepertimana itu dia tidak lagi memperkembangkan dirinya dengan ajaran-ajaran dari Qur'an. Hubungan 'sikap kepada Qur'an' dengan 'kesetiaan kepada Allah' telah diterangkan dalam ayat 7:52 di atas, dimana ia menyatakan bahawa Allah sendiri yang menerangkan ayat-ayat(Qur'an) tersebut, dan Dia membuatkan petunjuk dan belas kasihan itu untuk sesiapa yang mempercayaiNya.

Qur'an mengandungi segala maklumat yang benar mengenai agama dan adalah petunjuk untuk individu-individu.
Tetapi kebanyakan orang, kurang mengetahui mengenai Qur'an.

"Telah Kami turunkan Peringatan tersebut dan akan Kami menjaganya" (Qur'an 15:9)

Sememangnya, ia diikuti: apakah gunanya melindungi Qur'an daripada korupsi, jika ia bermaksud cuma boleh dicapai melalui sumber yang boleh dikorupsikan, seperti kerja-kerja hadith yang diperkembangkan antara 200 hingga 700 tahun selepas kewafatan Nabi? Tidak ada gunanya sebab ini akan megalahkan tujuannya. Oleh sebab itu, ia cuma akan lebih masuk akal untuk kenapa Allah menyimpan interpretasi Qur'an di dalam Qur'an itu sendiri, seperti apa yang Allah telah nyatakan di dalam ayat-ayat berikut:

"Alif Lam Ra. Ini adalah tanda-tanda dari kitab, dan Qur'an yang jelas." (Qur'an 15:1)

Allah telah membantah kepada mereka yang tidak ada perkara yang lebih baik untuk dibuat selain daripada menulis dan mengikut buku-buku melebihi apa yang telah Dia sampaikan:

"Adakah patut Kami melayan orang yang telah menyerah sama seperti penjenayah? Apakah yang tidak kena dengan kamu, bagaimanakah kamu menghakim(memberikan pengadilan/menilai)? Atau kamu ada buku lain yang kamu pelajari? Di dalamnya kamu dapati apa sahaja yang ingin kamu jumpa?" (Qur'an 68:36-38)

Tidak terdapat apa-apa arahan dari Qur'an untuk mengikuti mana-mana buku selain dari Qur'an. Sudah tentunya kita ada amalan seperti solat dan haji. Walaubagaimana pun, ini tidak menjustifikasikan menerima ketidaksinambungan ajaran-ajaran berbanding Qur'an, atau mengambil sikap di mana seseorang itu tidak mengkaji Qur'an itu secara terus sendirian. Solat dan haji adalah amalan-amalan hidup untuk orang yang percaya(beriman). Orang yang percaya(beriman) mesti menerima Qur'an sebagai petunjuk dan melepaskan element-element bukan Qur'an, bila berlakunya sedemikian. Ada orang yang mempersoalkan di mana di dalam Qur'an amalan-amalan ini di ajar. Amalan-amalan ini adalah amalan-amalan yang hidup di kalangan kita, sepertiman kita belajar memasak, memandu kereta dsb. dari orang lain.

Sebagai peraturan am, semua amalan-amalan adalah sah selagi ia berkadaran dengan nilai-nilai, etika dan prinsip dari Qur'an. Meskipun ramai orang yang akan bersetuju dengan penyataan ini, tetapi secara praktikalnya tidak begitu - bila banyak amalan dan pemikiran orang yang mencabuli Buku Allah. Bagaimana seseorang boleh mendapatkan paiwaian yang selari dengan hukum Qur'an jika dia tidak mengkaji Qur'an itu secara terus? Seseorang itu pada mulanya harus memahami Qur'an untuk menghakimi segala yang dilihatnya. Tetapi, jika orang itu kekal dengan pemahaman yang Qur'an itu perlu dipahami dengan melibatkan dan menerima saluran luar melalui apa yang digelar mereka "orang terpelajar" dan tidak mengendahkan penyataan Qur'an bahawasanya Ia menerangi sendiri(ayat-ayatnya), maka dia telah pun menerima perkara yang mana sepatunya dihakimi(dinilai) oleh Qur'an itu sendiri dan akan mempunyai konsep pemahaman dan prapenilaian Qur'an yang begitu kabur(dicemari). Seseorang harus membina keimanan yang benar pada Allah menerusi pemahaman dari Qur'an sebelum membuat apa-apa benda lain.

"Orang yang percaya(beriman), jika minda kamu dipenuhi dengan pemikiran mengenai Allah, Dia akan memberikan kamu darjat, dan membersihkan kamu dari dosa dan memaafkan kamu. Pemberian Allah sudah tentunya sangat besar." (Qur'an 8:29)

Barangsesiapa yang berhajat untuk mengalihkan orang dari Kitab yang diturunkan Allah cuma mempunyai taktik mengambil beberapa ayat-ayat dan memutarbelitkan ikut sesuka hati mereka. Putar belit itu adalah sangat jelas kepada pengikut sebenar Qur'an - kebenaran tidak dapat ditundukkan kepalsuan.
"Kata-kata tuhan kamu adalah lengkap dengan kebenaran dan keadilan. Tiada apa yang boleh mengubah kata-katanya - Dialah yang maha mendengar, maha - mengetahui. Jikalau kamu mengikuti kebanyakan yang dari bumi, mereka akan membawa kamu pergi dari jalan Allah. Mereka mengikuti tiada apa kecuali spekulasi semata-mata - mereka cuma meneka." (Qur'an 6:115-116)

Haruslah diingat bahawasanya pada dua kurun pertama Islam, tiada buku-buku hadith ataupun buku-buku tafsir. Ia ditulis teramat kemudian apabila larangan nabi terhadap penulisan hadith-hadith beliau dimansuhkan. Pada dua kurun tersebut, umat Islam menjalankan semua kewajipan seperti termaktub dalam Qur'an. Zaman itu dipenuhi dengan hadith-hadith palsu dan penipuan yang dikemukakan ke atas nabi tetapi ini tidak menghalang umat Islam untuk menuruti arahan-arahan dari Qur'an. Kalifah pada masa itu (Abu Bakar dan Umar) mengharamkan penulisan hadith sepertimana arahan nabi dan ajaran Qur'an semasa mereka masih hidup.

"Telah diturunkan Kitab ini kepada kamu - biarkan tiada keresahan didalam hati kamu mengenainya - supaya kamu boleh menggunakan ia untuk memberi amaran dan memperingati orang yang percaya(beriman): 'Ikutilah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari tuhanmu! Jangan kamu mengikuti apa-apa tuan selainNya. Berapa kerapkah kamu menelitinya!'" (Qur'an 7:2)

"Tugas penyampai(rasul) adalah untuk menyampaikan mesej: Allah mengetahui apa yang kamu nampakkan dan apa yang kamu sembunyikan." (Qur'an 5:99)

"Dan dengan ini kami menerangkan lagi ayat-ayat supaya mereka(orang kafir) boleh berkata: 'Kamu telah belajar', dan kami permudahkan untuk orang yang tahu." (Qur'an 6:105)

Kebanyakkan orang Islam sekarang tidak sedar apa yang disampaikan Qur'an mengenai kocsep keimanan dan membawa pelbagai pendapat mengenai Qur'an yang terpesong dan palsu disebabkan mereka tiada ilmu terus dari ayat-ayat(Qur'an). Tidak pelik apabila Allah memberitahu kenyataan nabi Muhammad pada hari pembalasan:

"Dan kata penyampai(rasul), 'Tuhanku, umat-umatku telah meninggalkan Qur'an ini'" (Qur'an 25:30)

Pada QuranicPath.com, seseorang boleh mendapat capaian kepada ayat-ayat yang telah ditanam berkurun-kurun dengan maksud yang songsang. Juga terdapat bangkangan terhadap ayat-ayat tersebut, yang mana badan-badan agama gunakan dalam cubaan mereka untuk membuktikan keperluan untuk menggunakan sumber-sumber lain, untuk membawa orang jauh dari Qur'an yang sebenar-benarnya dan menghalang mereka daripada berfikir mengenai Qur'an. Dalam semua kes-kes tersebut, tafsiran mereka tidak menggambarkan apa yang disampaikan Qur'an. Sesiapa yang berhajat untuk mengikut petunjuk Qur'an berbuat demikian mengikut kelebihan masing-masing.

“Adakah mereka mahukan penghakiman seperti pada zaman jahiliah? Adakah terdapat hakim yang lebih baik dari Allah untuk orang-orang yang kuat kepercayaannya(imannya)? (Qur’an 5:50)

“Adakah kamu telah mempertimbangkan mereka yang telah disuruh untuk menerima pengadilan dari buku Allah? Bila mereka disuruh untuk menerima pengadilan dari buku Allah, sesetengah daripada mereka berpaling dan berjalan pergi!” (Qur’an 3:23)

“Manusia dahulunya adalah satu komuniti, kemudian Allah menghantarkan nabi-nabi untuk membawa berita baik dan juga amaran, and dengan mereka(nabi-nabi) Dia hantarkan Buku yang mengandungi kebenaran, untuk mengadili orang-orang yang dalam persengketaan. Hanya kepada dia yang telah diberikan, selepas mendapat ayat-ayat yang jelas kepada mereka, disebabkan oleh permusuhan antara mereka. Jadi, dengan izin Allah, Dia telah memberikan petunjuk kepada orang yang percaya(beriman) tentang kebenaran perselisihan mereka itu. Allah member petunjuk kepada sesiapa Yang dia mahu ke jalan yang lurus.” (Qur’an 2:213)

“Ini juga adalah Buku yang diberkati, yang telah Kami turunkan – ikutlah ia dan sedarlah akan tuhanmu, supaya kamu boleh mendapat belas kasihan – melainkan kamu berkata, ‘ Buku-buku telah diturunkan kepada dua komuniti sebelum kami: kami tidak sedar apa yang telah mereka belajar’, atau ‘Kalaulah Buku itu telah diturunkan kepada kami, kami akan mendapat petunjuk yang lebih baik dari mereka.’ Sekarang, tuhan kamu telah membawa kepada kamu bukti yang jelas, petunjuk dan belas kasihan. Siapa yang boleh menjadi lagi salah dari orang yang menolak Wahyu Allah dan berpaling darinya? Kami akan memberikan balasan kepada mereka yang berpaling dari ayat-ayat Kami dengan siksaan yang amat sakit.” (Qur’an 6:155-157)
“Dan Kami membuat Qur’an itu mudah dipelajari. Adakah kamu ingin pelajarinya?” (Qur’an 54:17)

No comments:

Share With The World